Monday, May 12, 2014

letupan besar di golok




Kuala Lumpur: Pihak berkuasa keselamatan Malaysia memperketatkan kawalan di sempadan negara berikutan siri pengeboman di selatan Thailand, awal malam ini yang mengakibat seorang rakyat Thailand maut manakala sekurang-kurangnya sembilan lagi cedera.
Menurut sumber polis, sehingga tengah malam tadi tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa serangan bom berkenaan.

Katanya, semua pintu sempadan di utara Semenanjung dan Kelantan telah ditutup dan pengawasan rapi sedang dilakukan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Kawalan di pintu sempadan diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga ekoran serangan itu. Pihak berkuasa juga bertindak menyekat sebarang pergerakan keluar masuk di Pengkalan Kubor yang bersempadan dengan Takbai, Narathiwat,”katanya.




Menurut BERNAMA yang memetik sumber tempatan, kejadian bermula pada 7.30 malam waktu tempatan apabila empat bom meletup di Sungai Golok.

Sementara itu, tiga letupan bom dilaporkan berlaku di Sungai Padi selain sebuah sekolah dan bengkel membaiki motosikal dibakar.

Tiga lagi letupan menggegarkan Pekan Takbai mengakibatkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan beberapa orang lagi cedera.

Di Wilayah Yala, lima bom diletupkan dengan menyasarkan tiang elektrik menyebabkan bekalan elektrik ke beberapa kawasan terputus, sementara tiga letupan bom dilaporkan berlaku di daerah Yaha dan dua lagi di daerah Than To.

sumber: Harian Metro

Wednesday, April 9, 2014

Bekas PA Prof Izzi Haji Ali Tampil Dedahkan Perangai Sebenar

Isu Professor Izzi Haji Ali mencabul pelajar UiTM Arau sedang hangat diperkatakan. Kini bekas PA Professor Izzi pula tampil mendedahkan kelakuan sebenar beliau.
Katanya:  
Arau: Bimbang gagal dalam subjek diambil, seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini mendakwa terpaksa merelakan dirinya dicabul seorang pensyarah yang juga pakar motivasi terkenal sejak beberapa bulan lalu
Bagaimanapun, mangsa berusia 20 tahun yang tidak sanggup diperlakukan sedemikian oleh pensyarah yang sering muncul dalam beberapa program televisyen dan radio itu tampil membuat laporan di Balai Polis Arau di sini, selepas selesai peperiksaan akhir semester.

Difahamkan, dalam kejadian terbaru pada Jumaat lalu, mangsa mendakwa dicabul kehormatan termasuk payu daranya diramas oleh pensyarah berusia 40-an iaitu ketika di bilik lelaki berkenaan.
Sumber berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang, mangsa bersama dua rakannya diminta datang ke bilik pensyarah berkenaan bagi melakukan ulang kaji sebelum lelaki itu duduk di sebelah mangsa.“Ketika itu mangsa didekati suspek dan dengan sengaja meraba bahagian kakinya hingga ke bahagian dada beberapa kali.“Mangsa yang terkejut cuba menghalang perbuatan itu, namun bimbang digagalkan pensyarah terbabit di dalam subjek diambilnya sebelum hanya membiarkan suspek bertindak sedemikian,” katanya.