Friday, September 3, 2010

Bagaimana untuk membuat duit secara sampingan melalui blog


Cara2

Mulakan membuat blog

1. Pilih blog. Terdapat banyak blog yang dihoskan secara percuma melalui banyak sumber yang memberikan anda alatan (tools) dan sumber (resources) untuk memudahkan kerja anda untuk mereka blog. Ataupun anda boleh register nama domain dan mumulakan blog anda dari mula jika anda mempunyai pengetahuan dalam bidang teknikal.

2. Apabila anda sudah membuat keputusan untuk berblog, buat keputusan tentang apa yang anda tulis untuk menarik perhatian pelawatc (visitor) blog anda. Sesetengah orang menggunakan blog sebagai tempat untuk mengarang dan menulis pendapat. Ada juga yang menggunakan subjek spesifik yang mereka mempunyai pengetahuan dalam subjek tersebut. Ramai penulis blog professional mencadangkan agar memilih subjek tertentu agar anda mudah mendapat pengikut(follower)


3. Promosikan blog anda. Gunakan web servis yang dapat menarik perhatian pengguna seperti derektori blog dan social bookmarking. Menggunakan servis ini membolehkan anda diindek didalam enjin carian dan menolong meningkatkan trafik ke dalam blog anda. Setelah anda mempunyai bahan dan telah diindek didalam enjin carian maka anda bolehlah mulakan memonitize blog anda dan memperoleh sedikit duit.

Monetize Blog anda

4. Daftar (sign up) google adsense. Google menawarkan peluang kepada umum utuk memaparkan iklan didalam blog. Google akan memberikan anda komisyen(percentage) apabila orang mengklik pada iklan, melihat iklan dan membeli sesuatu dari sponser. Anda perlulah memohon google adsense dan menunggu pengesahan dan kemudian anda perlu memasukkan code kedalam blog anda untuk membolehkan iklan dipamerkan dengan betul. Anda perlulah mengikut syarat yang ditetapkan oleh google TOS(term of service).


5. Daftar kepada laman web yang membayar anda untuk post diblog anda. Terdapat banyak site yangb sudi membayar anda jika memasukkan iklan dan link dalam blog anda. Site spt payperpost, blogitive atau blogertise menawarkan servis ini setelah blog anda disenaraikan dalam enjin carian. 3

6. Anda juga boleh mencuba untuk momohon kerja blogging secara professional. Terdapat banyak rangkaian syariakat yang mahu orang mengiklankan di blog anda mahupun menulis di blog kepunyaan syarikat. Ramai penulis freelance blogger memperolehi duit secara regular dengan cara ini4

7. Anda juga boleh join affiliate program seperti amazon dan chikita mini mall yang menawarkan peluang untuk pengiklanan di blog anda.

Mengemaskini blog

8. Sentiasa mengemaskini blog anda, dengan ini ia akan menarik pembaca yang akan sentiasa melawat blog anda dan mengklik iklan anda atu membeli melalui iklan anda.

9. Tambahkan program servis pembacaan (reader service) spt RSS (Really Simple Syndication) untuk menarik lebih ramai pembaca. Sentiasa mencari peluang untuk membesarkan dan menambah baikan blog anda akan menaikkan potensi nilai perolehan

10. Jika anda sudah pun memperolehi pulangan dan modal, anda bolehlah mengiklankan blog anda untuk menambah lagi potensi perolehan anda. Anda juga boleh bertukar link dan banner dengan blogger yang lain untuk meningkatkanpopulariti blog anda.

Sekian, Wassalam…

Mr Jay

No comments:

Post a Comment