Business 101
Bagaimana ingin memulakan perniagaan secara online?
________________________________________
Jawapan:
1. Perkara terpenting yang seharusnya ditanya pada diri sendiri dahulu ialah “ apakah nilai bagi produk/ servis kepada pengguna? Tambahan lg anda perlu tahu prinsip perniagaan secara online .
2. Anda bolehlah bermula dengan affiliate company, iaitu mereka yang member panduan untuk memulakan perniagaan secara online dan setelah anda menguasai dunia perniagaan secara online anda bolehlah memulakan perniagaan secara bersendirian.
3. Lain lain soalan yang persoalan yang perlu anda fikirkan ialah apakah pekerjaan yang anda biasa lakukan? Adakah anda mempunyai hobi? Adakah anda expert dalam sesuatu hal @ bidang? Selalunya produk anda akan berkaitan dengan jawapan yang anda berikan diatas. Fikirkan dan plan dengan teliti apa yang anda ingin hasilkan.
4. Perlulah diingatkan bahwa ianya akan mengambil banyak tenaga dan usaha untuk mendapatkan kejayaan yang minima pada peringkat permulaan, jadi anda perlulah ‘enjoy’ dengan apa yang anda lakukan. Idea untuk menggunakan hobi anda sebagai asas business adalah bagus kerana ianya memudahkan anda dalam penulisan anda dalam artikel. Dan lg bagusnya ialah anda akan senantiasa akan berusaha dalam bahagian tersebut sehinggalah anda Berjaya atau sebaliknya.
5. Satu perkara yang perlu diingatkan bahawa perlulah berwaspada kepada penyedia servis, pemborong dan sbgnya yg melakukannya secara online. Jika anda rasakannya terlalu indah bunyinya (too good to be true) maka lebih baik anda ‘angkat kaki’ daripada pihak2 tersebut kerana kebanyakan hanya menjanjikan janji janji kosong untuk anda mengikut skim2 mereka.
6. Buatlah plan dan tuliskannya. Plan perniagaan akan menolong anda daripada membuat keputusan secara terburu buru kerana plan direka untuk menolong anda menganalisa idea business
7. Perkara penting yang anda perlu tahu sebelum memulakan langkah anda dalam perniagaan online ialah anda perlulah mempunyai pengetahuan dalam lapangan yang anda ingin usahakan. Oleh itu anda perlulah menambah ilmu atau informasi berguna tentang bisnes anda. Anda perlulah membuat ‘research market ‘ seperti apakah target market anda, siapakah target pengguna anda, buat hubungan dan kenalan
8. Salah satu perkara yang anda perlu tahu ialah enjin carian (search engine). Jika anda ingn menjual sesuatu secara online, seharusnya pengguna menjumpai anda didalam enjin carian. Jika tidak usaha anda mungkin sia – sia. Adalah sukar untuk memperomosi website jika anda kekurangan wang buat anda yang baru hendak memulakan bisnes secara online. Akan tetapi anda boleh menggunakan pelbagai cara untuk memperomosi laman web anda. Salah satu caranya ialah menggunakan laman web social seperti facebook , Friendster @ twitter dan sbgainya. Menambah ramai kenalan yang mempunyai minat dengan produk@ servis anda boleh member anda peluang untuk menambah potensi bisnes . anda juga boleh memasarkan produk anda di laman lelongan secara online seperti e bay, amazon & sbgnya jika anda merasakan sukar untuk anda mengendalikan laman web sendiri.
9. Akhir sekali berusahalah dengan penuh ketekunan dan minat dalam menjalankan bisnes secara online. Jika ini dilakukan secara berterusan anda pasti akan mengecapi kejayaan insya,allah.
Sekian wassalam.
MR JAY
Selamat hari,
ReplyDeleteSaya orang Filipina, saya ingin melabur dalam perniagaan anda dengan niat baik. Saya mempunyai modal sendiri untuk pelaburan yang menguntungkan. Saya juga memberi pinjaman kepada swasta dan komersial dengan kadar faedah tahunan yang sangat rendah sehingga 3% dalam tempoh pembayaran untuk mana-mana bahagian dunia.
Adakah anda memerlukan kredit dengan faedah 3% per tahun dari jumlah keseluruhan yang anda perlukan untuk membiayai atau perkongsian 50/50% untuk jangka masa 1 hingga 10 tahun? Saya ingin mengetahui pilihan anda untuk membolehkan kami menjalankan rundingan. Jumlah pembiayaan maksimum adalah $ 100 juta USD.
Hubungi EMAIL: info@voorhinvestcorp.com
URL laman web: http://voorhinvestcorp.com/
WhatsApp: +1 4704068043
LINE ID: philipvoor
EMAIL: voorheesphilip@gmail.com
TERIMA KASIH
FILIP VOORHEES.