MUTIARA KATA
Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi sedekah kecuali niat yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan
Keamanan.
-Al-Ahnaf bin Qais
Orang akan tetap menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia
masih menuntut. Tetapi apabila pada suatu ketika dia berkata
"Aku sudah pintar", maka sesungguhnya dia sudah menjadi
bodoh dengan sendirinya. -Luqman Hakim
Manusia yang paling lemah ialah orang yang tak sanggup cari
teman dan yang paling lemah daripada itu ialah orang yang
mensia-siakan teman yang telah diperolehinya -Imam Al-
Ghazali
Tiga macam yang tidak diketahui kecuali pada tiga macam:
1. Orang yang sabar tidak diketahui kecuali ketika marah.
2. Orang yang berani tidak diketahui kecuali ketika perang
3. Saudara tidak diketahui kecuali ketika berhajat (ada
kepentingan)
-Luqman Al-Hakim
Buku adalah: Teman bicara yang tidak mendahuluimu. Teman
bicara yang tidak memanggilmu ketika kamu bekerja. Teman
bicara yang tidak memaksamu berdandan ketika
menghadapinya. Teman hidup yang tidak menyanjungmu. Kawan
yang tidak membosankan. Penasihat yang tidak mencari-cari
kesalahan.
-Ahmad bin Ismail
Ada empat hal yang dapat mengangkat seseorang kepada
darjat yang tertinggi, walaupun amal dan ibadahnya sedikit,
iaitu sifat-sifat penyantun, merendah diri, pemurah dan budi
pekerti yang baik. Itulah kesempurnaan iman -Abul Qasim Al-
Junaid
Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia
begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan
masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya
telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan.
Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian
dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang
benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai
dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap
engkau. -Imam Umar bin Abdul Aziz
Gantunglah cita-citamu di tempat yang tinggi supaya ia tidak
dapat dimusnahkan oleh orang lain kerana cita-cita itu adalah
sumber kekuatan perjuangan yang tidak terhingga dari segi
zahir dan batinnya - Imam Abu Hanifah
Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa
yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa
yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita
inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi
lebih bahagia.
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk
mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh
seandainya tidak dibajai dengan keberanian
Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki
diuji dengan wanita.
Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah
mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.
Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana
engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi
kesempurnaan budi dan adab
-Nabi SAW
Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab
keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik
kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah.
Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu
tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari
yang gelap menjadi cerah.
Beritahukan kepadaku apa bacaan-bacaanmu, nescaya aku akan
beritahu siapa diri kamu ini.
Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya,
tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan
kembali kerugian yang dideritainya
Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti
ilmunya ialah ucapannya.
Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila
hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu
menyakitkan hari orang lain pula.
Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan
kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit
manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri
kerana harum baunya
Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada
orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri
sukar untuk berjaya.
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki halhal
terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap
hal yang hadir dalam hidupnya.
Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan
perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan
kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas
dendam.
Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu
sampah, dia harus menyapu sama sepertimana
Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya,
ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu
dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di
syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat
tinggal seorang penyapu
sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya
dengan baik sekali.
No comments:
Post a Comment